Saturday, December 02, 2006

hati seorang sahabat

hati ini...
tika berdua dengannya,
terasa amat bahagia...

hati ini...
tika bercakap dengannya,
terasa diri di hargai...

hati ini...
tika bersedih dihadapannya,
terasa kembali ceria...

hati ini...
tika kita berpisah,
entah bila bersua semula...

hanya hati ini...
tahu apa yang dirasa...

hati seorang sahabat...

Sunday, October 22, 2006

untuk soleh dan solehah

Catatan dari seorang pemuda
(mungkin ada sesuatu yang kita boleh kongsi bersama)


Saya suka sangat tengok jari-jemari teman wanita saya, cantik betul. Sungguh! Sampai saya takut nak pengang. bukan takut jari-jemarinya patah, tapi takut nanti jemari-jemari kami tidak boleh saling bantu-membantu di suatu hari yang amat dasyat di hadapan Yang Maha Esa.

Saya suka sangat tengok rambutnya. Cantik betul…sungguh! Sebab itu saya belikan dia tudung. Bukanya cemburu orang lain tengok, bukan! Tapi sebab saya mahu rambutnya sentiasa ditutup macam dalam iklan dot dot dot itu sampai bila-bila…takut nanti dibakar dek api neraka, di suatu hari yang amat dahsyat di hadapan yang Maha Pencipta!

Saya suka sangat tengok body teman wanita saya… solid betul. Sungguh! Sebab itu saya belikan dia telengkung supaya masa ‘dating dengan Kekasih dia Yang Utama, dia jaaaaaaauh lebih cantik dan berseri menghadap-Nya. Saya pun tumpang dapat pahala…syoknya!

Saya sedih sangat bila tengok teman wanita saya tidak tidur, tidak makan sebab rindukan saya. Saya pun macam itu juga. Si dia tanya, ‘Apa ubatnya, bang?’ saya pun bagi dia al-Quran sebagai penenang jiwa…semoga dia cintakan-Nya lebih daripada saya.

Saya sedih tengok dia selalu pesan macam-macam; “Makan, minum, jaga diri, pandu kereta elok-elok…nanti awak sakit saya juga yang susah hati…bla bla bla bla.” Tapi bila tengok wayang sama-sama, terlepas Asar dan Maghrib begitu sahaja, dia tidak kata apa pun. Aduuuuh…berdosanya saya!

Saya memang sayang sangat pada dia. Saya mahu jumpa dia, bersama dia, cinta secinta-cintanya. Cinta yang abadi di dunia dan berkasih sayang di akhirat, ber‘dating’di syurga kerana di situlah tempat yang kekal selama-lamanya.

Doakan kami saling ingat-mengingati, insaf-menginsafi.

Ya Allah, ampunkanlah kami…semoga kami dapat kekal bersama selama-lamanya, di syurga nanti. Amin…

selamat menyambut hari lebaran


hari lebaran hampir tiba...yang pasti lebaran ini akan membawa makna pada diri ini...sedar tak sedar diri ini di makan usia..yang 'di sini' bergembira, yang 'di sana' entahlah...yang 'di sini' ingat-ingatlah diri ini di mana dan akan ke mana...

Friday, October 20, 2006

bEtuL kAte CikGu...

satu malam hari...aku ada test CRG530 [en.tajul la lecturer kitorg]
..so kitorg dtg la nak amik test malam tu... masing-masing ilmu penuh
di dada la nie...aku pun duk belakang la..sonok duk belakang nie [bukan
nak meniru ek..tp nak tgk sape yg meniru...hehehe..]...
nak dijadikan citer, en.tajul pun datang and bagi paper soalan kat
kitorg....

"alamak, chapter ni aku xcover bleh kuar lak"...he5...biase la
tu...clam down dulu..blom start lg tuk mengoreng sampai hangus....aku
tgk bebudak lain ad yg berani intai buku sekejab...agaknye en.tajul
perasan bebudak ni wat cam tu....

....tiba-tiba, en.tajul berkata "ok,saya bagi 5 minit tgk
buku"....uihhh, pe lg bebudak nie gairah tul tgk buku...aku lak duk
cakap dalam hati.."name pun test,xkan aku nak tgk buku lak...en.tajul
ckp je tu tp aku mesti la pandai pikir sendiri..time ni la aku nak test
diri sendiri
...xdapat jawab belakang kira...cam xbiase lak nak goreng..." ...duk
aku pikir-pikir,sambil mula mengoreng jawapan nie...xperasan lak
en.tajul datang kat meja aku...

en.tajul: awk xnak tgk buku ker?
aku :errrr [tergagap lak]....xnak encik...

....then,en.tajul amik pen aku...dia pun tulis "+3" atas paper jawapan
aku....

betul kata cikgu.." segala perkara yang berlaku pasti ada
hikmahNya"...walaupun aku xdapat jawab dengan baik, tapi kejadian tu
amat-amat lah bekmakna wat diri aku. Alhamdulillah,syukur pada Allah
s.w.t.

p/s: untuk renungan bersama

"Selamat Menyambut Hari Raya"
"Maaf Zahir & Batin"