Thursday, October 09, 2008

pada Mu jua segalanya

"Ya ALLAH, jadikan aku wanita yang solehah...yang baik di antara yang terbaik...dan kurniakan aku pendamping yang baik...dlm mendapatkan sesuatu yang terbaik dariMu...Amin..."


"A busy life makes the Prayer harder;

but the Prayer makes a busy life easier."


Sebelum matamu terlelap dari kesibukan dunia,ingatlah Tuhanmu yang menjadikan siangmu diwarnai dengan cabaran sebagai TARBIYYAH dariNya.

Yang menjadikan malammu indah dengan cinta, kasih & sayang dariNya.

Apa yang didamba selain cinta seorang hamba buat sang PENCIPTA.

Alunkan alunan zikrullah, basahkan lidahmu dengan rentak kalamullah.

Moga kita menjadi perindu syahid sejati.

INSYA-ALLAH

" Ukhwah yang dibina antara kita, Biarlah seperti seutas tasbih, Ada awal, Tiada penghujungnya, Dicipta untuk mengingatiNYA, Dibahagi untuk cintaNYA, Diratib demi redhaNYA.."

"Ya Allah, letakkanlah dunia di tanganku, bukan di hatiku"

Allahu Rabbi

Aku minta izin

Bila suatu saat aku jatuh cinta

Jangan biarkan cinta untuk-Mu berkurang

Hingga membuat lalai akan adanya Engkau

Allahu Rabbi

Izinkanlah bila suatu saat aku jatuh cinta

Pilihkan untukku seseorang yang hatinya penuh dengan kasih-Mu

Dan membuatku semakin mangagumi-Mu

Allahu Rabbi

Bila suatu saat aku jatuh hati

Pertemukanlah kami

Berikanlah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu

Allahu Rabbi

Pintaku terakhir adalah seandainya aku jatuh hati

Jangan pernah Kau palingkan wajah-Mu dariku

Anugerakanlah aku cinta-Mu

Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu...

" Semua manusia tahu bagaimana hendak bercakap tetapi tidak semua orang tahu bila dia patut bercakap."


" Sebuah musibah akan menjadi kenikmatan jika kita berhasil menyikapinya dengan syukur, sabar dan tawakal serta mampu mengambil hikmah dari setiap kejadian.Semakin gemar berdoa untuk kebaikan bagi orang lain, semakin mustajab doa kita. Saat itu para malaikat turut berdoa untuk kebaikan kita. "

Sunday, October 05, 2008

syawal tiba lagi


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...semoga lebaran baru ini membawa seribu satu kebahagian kepada muslimin dan muslimat semua. Tangan dihulur memohon ampun dan MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Thursday, September 25, 2008

ceritaku


erm, 17hb sept genap 6bulan aku keje as supervisor kat canon. Minggu nie keje not too stress even manpower dah minus 5pax plus plak yg take leave for hari raya (nak balik sabah) ..tapi output hari nie x meet target due to main factor ( operator performance)..selalu jadi main factor..penat dah motivate bebudak nie..klu marah lg la..tp selalu gak marah. dah geram sgt. bukan xpaham. buat2 xpaham. nasib baik la xsemua bebudak aku perangai mcm tu..klu x,sakit jiwa dibuatnye. bebudak yg baik nie buat aku sayang nak tinggalkan dorg plak. hampeh tol..bila fikir2,mcm mane aku ble bertahan 6bulan. batch aku yg lain semua dah quit...huhu...tggl aku sorg jekk...sedih tol.


tgk bebudak operator nie ramai dtg dari pata timo ngn sabah..muda2 lg..dorg nie mungkin dah xminat belajar. aku intebiu bebudak aku, most of them mmg xnak cont.study. tya SPM dorg, xla teruk sgt. sayang la klu xde kelulusan. plak tu hired by agencies..gaji xsebrape utk tampung kos hidup kat sgor nie..nak bg family lg..erm, aku doakan mereka akan berjaya satu hari nti. hope so.

Saturday, December 02, 2006

hati seorang sahabat

hati ini...
tika berdua dengannya,
terasa amat bahagia...

hati ini...
tika bercakap dengannya,
terasa diri di hargai...

hati ini...
tika bersedih dihadapannya,
terasa kembali ceria...

hati ini...
tika kita berpisah,
entah bila bersua semula...

hanya hati ini...
tahu apa yang dirasa...

hati seorang sahabat...

Sunday, October 22, 2006

untuk soleh dan solehah

Catatan dari seorang pemuda
(mungkin ada sesuatu yang kita boleh kongsi bersama)


Saya suka sangat tengok jari-jemari teman wanita saya, cantik betul. Sungguh! Sampai saya takut nak pengang. bukan takut jari-jemarinya patah, tapi takut nanti jemari-jemari kami tidak boleh saling bantu-membantu di suatu hari yang amat dasyat di hadapan Yang Maha Esa.

Saya suka sangat tengok rambutnya. Cantik betul…sungguh! Sebab itu saya belikan dia tudung. Bukanya cemburu orang lain tengok, bukan! Tapi sebab saya mahu rambutnya sentiasa ditutup macam dalam iklan dot dot dot itu sampai bila-bila…takut nanti dibakar dek api neraka, di suatu hari yang amat dahsyat di hadapan yang Maha Pencipta!

Saya suka sangat tengok body teman wanita saya… solid betul. Sungguh! Sebab itu saya belikan dia telengkung supaya masa ‘dating dengan Kekasih dia Yang Utama, dia jaaaaaaauh lebih cantik dan berseri menghadap-Nya. Saya pun tumpang dapat pahala…syoknya!

Saya sedih sangat bila tengok teman wanita saya tidak tidur, tidak makan sebab rindukan saya. Saya pun macam itu juga. Si dia tanya, ‘Apa ubatnya, bang?’ saya pun bagi dia al-Quran sebagai penenang jiwa…semoga dia cintakan-Nya lebih daripada saya.

Saya sedih tengok dia selalu pesan macam-macam; “Makan, minum, jaga diri, pandu kereta elok-elok…nanti awak sakit saya juga yang susah hati…bla bla bla bla.” Tapi bila tengok wayang sama-sama, terlepas Asar dan Maghrib begitu sahaja, dia tidak kata apa pun. Aduuuuh…berdosanya saya!

Saya memang sayang sangat pada dia. Saya mahu jumpa dia, bersama dia, cinta secinta-cintanya. Cinta yang abadi di dunia dan berkasih sayang di akhirat, ber‘dating’di syurga kerana di situlah tempat yang kekal selama-lamanya.

Doakan kami saling ingat-mengingati, insaf-menginsafi.

Ya Allah, ampunkanlah kami…semoga kami dapat kekal bersama selama-lamanya, di syurga nanti. Amin…

selamat menyambut hari lebaran


hari lebaran hampir tiba...yang pasti lebaran ini akan membawa makna pada diri ini...sedar tak sedar diri ini di makan usia..yang 'di sini' bergembira, yang 'di sana' entahlah...yang 'di sini' ingat-ingatlah diri ini di mana dan akan ke mana...

Friday, October 20, 2006

bEtuL kAte CikGu...

satu malam hari...aku ada test CRG530 [en.tajul la lecturer kitorg]
..so kitorg dtg la nak amik test malam tu... masing-masing ilmu penuh
di dada la nie...aku pun duk belakang la..sonok duk belakang nie [bukan
nak meniru ek..tp nak tgk sape yg meniru...hehehe..]...
nak dijadikan citer, en.tajul pun datang and bagi paper soalan kat
kitorg....

"alamak, chapter ni aku xcover bleh kuar lak"...he5...biase la
tu...clam down dulu..blom start lg tuk mengoreng sampai hangus....aku
tgk bebudak lain ad yg berani intai buku sekejab...agaknye en.tajul
perasan bebudak ni wat cam tu....

....tiba-tiba, en.tajul berkata "ok,saya bagi 5 minit tgk
buku"....uihhh, pe lg bebudak nie gairah tul tgk buku...aku lak duk
cakap dalam hati.."name pun test,xkan aku nak tgk buku lak...en.tajul
ckp je tu tp aku mesti la pandai pikir sendiri..time ni la aku nak test
diri sendiri
...xdapat jawab belakang kira...cam xbiase lak nak goreng..." ...duk
aku pikir-pikir,sambil mula mengoreng jawapan nie...xperasan lak
en.tajul datang kat meja aku...

en.tajul: awk xnak tgk buku ker?
aku :errrr [tergagap lak]....xnak encik...

....then,en.tajul amik pen aku...dia pun tulis "+3" atas paper jawapan
aku....

betul kata cikgu.." segala perkara yang berlaku pasti ada
hikmahNya"...walaupun aku xdapat jawab dengan baik, tapi kejadian tu
amat-amat lah bekmakna wat diri aku. Alhamdulillah,syukur pada Allah
s.w.t.

p/s: untuk renungan bersama

"Selamat Menyambut Hari Raya"
"Maaf Zahir & Batin"